Tuesday, 23 June 2020

KERANG MASAKAN MAK KITE

KERANG MASAKAN MAK

Hari hari masak pun rasa bosan. Kadang tekak ni rasa nak makan makanan yang berbeza setiap hari. Tp soalan yang sama je ada kepala “masak ap?”

Time nila rasa macam nak balik kampung rasa masakan mak. Walaupun ringkas tapi sedap je telan. Siap tambah berpinggan pinggan. 

Tetiba teringat 1 masakan mak saya yng sangat legend dikalangan kami adik beradik. Macma pelik tapi itulah realitinya. Masak kerang dengan cili bawang and petai! Simple je pun..tapi kat kedai makan jarang jual menu ni. Tk surela memang menu krang Johor ke atau menu mak cipta sendiri ke. Tapi memang sedap ya amat uols! 

Kerang ni memang leceh sikit masakkanya. Sebab bab nak bersihkan cengkerangnya sebelum rebus, setengah orang tk suka sebab renyah proses tu. But trust me..actually its really worth it if u want something different from your repeated menu. 

Bawah ni adalah resepi yang saya kongsikan bersama uols. Moga bermanfaat dan bolehlah dicuba..

KERANG KICAP DENGAN PETAI BERCILI


bahan-bahan:
Kerang- dibersihkan & rebus terlebih dahulu dengan sedikit air dan hirisan bawang, halia dan serai. Tujuan nak bagi hilang bau hanyir
Bahan dihiris:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili padi
Cili merah
Cili hijau
Petai dibersihkan dan basuh
Kicap manis

Cara-cara:
Rebus keras yang dah diebrsihkan cengkerangnya dengan bawang dan halia yg dihiris. Tujuannya nak bagi bau hanyir seafood. Air tak payh letak banyk. Sikit je cukup. Agak2 1/3 kerang. Nanti bila kerang dah masak, dia akan keluarkan air yng manis. Pastikan tutup periuk semasa merebus bagi membolehkan kerang masak sekata. 

Kalau kerang yang fresh, dalam 10-15minit pun dah terbuka semua cengkerangnya. Maknanya kerang dah masak. Tutup api dan birkan sejuk. Once sejuk, bolehlah kopek kerang dan tadah air tebusan dalam mangkuk. Sebab air rebusan tu nanti nak guna untuk proses menumis. 

Selesai bab kerang

Sekarang, masuk bab menumis guys! Part plonv best! Panaskan api, masukkan bahan hirisan dalam kuali tdi dan tumis hingga bawanv layu. Then, masukkan petai yang dah dibersihkan dalam tumisan bawang tadi dan masak for few minutes. Tujuannya, bila petai cukup masak, takdela orang memulas makan petai tu nanti. Dalam 2-3minit, terus masukkan kerang yang dah diberus tadi beserta dengan air rebusan dalam kuali. Kemudian, tambahkan kicap manis dalam 5-6 sudu ikut suka (benchmarknya agak agak hitm hitm si tampuk manggis okla). Tumis sampai agak2 mendidih dan serasi serta mesra kicap kerang petai segalak! Gitu!

Mudah dan ringkas! Hasilnya superb! Rasanya?? Rasa dia macam ala-ala kicap yang peras dan berbau petai n kerang. Macamana nk explain? Macam tula guys  hahahaha

Susah juga nak describe. Tp trust me those who loves kerang u should try this different menu. 

1lagi cara for those yang tak suka kicap, you guys jusy tumis je bawang, hali, petai, cili dengan kerang. Masukkan sikit air dan perasakan garam n gula. Kalau cara masakan yang ni, air rebusan kerang letak sikit je sebab format masakan ni adalah jenis kering kering. Tumis tumisan. Punmabeles! 

Atau..yang tak suka petai, tak payah letak petai. Resepi ni pun kaedah yang sama boleh gugurkan elemen petai atau elemen kerang! Kira menu bajetla. Nant next entry saya akan share resepi menu bujang yang ringkas dan jimat! 

Selamat mencuba dan selamat menjami selera guys!!

Sorry guys..gambar memang tak sempat nak amik sebab, menu ni selalunya menjadi rebutan kami adik beradik..sapa lambat dapat kuah je..kerang and petai gone!! next time saya sharekan picture kejayaan memasak kerang gaya mak-mak k




Tuesday, 16 June 2020

BRIYANI KAMBING JOHOR STYLE

musim-musin PKP ni macam-macam menu nak try..jadi ke tak jadi ke belakang kira..yang penting..dapat pengalaman baru..Rasa?? kalau orang rumah tambah nasi tu bolehla senyum simpul..kalau orang rumah cepat kenyang..erm...bolehla post dekat FB masak apa tak jadi harini..kekeke..

ok guys..hari ini, iols nak share resepi briyani kambing johor style. Ada yang mamak style, ada yang pantai timur style..tapi yang iols nak share ni Johor style..sebab iols orang Johor (bajet-bajet rasa macam kari kambing 40 hari la kot)..perasan ek? hahaha

by the way, korang boleh follow cara-cara dibawah. kalau kurang sedap, sila ejas bagi selera tekak masing-masing. briyani ni ada pelbagai jenis, ada yang jenis briyani gam (dimasak sekali dengan nasi) or ada yang nasi tu dimasak berasingan dengan lauknya.

Tapi, saja nak bagi tips sikit. kalau uols masak setakat untuk makan ahli kelaurga dirumah, boleh je buat briyani gam. Lauk tu tanam skali dengan nasi. Lauk briyani layerkan dengan nasi. last layer tu letak Tapi, kalau ahli jemaah ramai, helok dibuat secara berasingan. bukan apa, lebih muai orang kata. maklumla..bila orang ramai, macam-macam yang nak dicedoknya.

Satu lagi tips..nasi tu kalau tak suka berjemaah kambing yang dimaska briyani, bolehla ganti dengan nasi minyak berlaukkan briyani kambing. kita buat dia kan..janji boleh ngap, kena dengan selera tekak hihi

Disertakan cara-cara buat briyani kambing Johor Style:

BRIYANI KAMBING

Bahan Nasi:

Beras moghul basmathi faeza - dicuci dan rendam dalam setengah jam, kemudian toskan.
Rempah briyani faeza - dibancuh menjadi pes
4 sekawan
minyak sapi
Serai - diketuk
Tomato - potong dadu
Daun pandan

bahan diblender:
bawang merah
bawang putih
halia
Cili hijau
Akar daun ketumbar
daun pudina/daun ketumbar
Susu cair

bahan dihiris:
bawang putih
bawang merah
halia


Hiasan:
Pewarna kuning/oren
Daun ketumbar diracik kasar
Kacang gajus/almond yang telah digoreng
Kismis hitam/kuning



Cara masak nasi briyani :
panaskan minyak sapi, masukkan 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau. time ni api perlahan tau kalau kuat sangat nanti hangit. nasi pun tak wangi! dah bangkit bau, masukkan bahan yang diblender beserta bahan hiris dan serai yang diketuk tadi. terus masukkan tomato. Masak sampai bahan-bahan layu.

time ni bau dia ya ampun....wangi ya amat! Helok semua dah layu, bolehla masukkan rempah briyani faeza. Masak rempah ni dalam kuali sampai agak-agak pecah minyak/rempah kering. Again korang, janagn guna api yang terlalu besar, nanti rempah hangit, kensel semua nasik nak bagi jiran tetangga!!

uols akan perasan bila rempah dah ready bila, tepi-tepi periuk tu macam nak kering (macam masak kari gitu)..tau kan? tak taula camana nak explain hahaha..tapi agak-agak dia dah keringla bolehla uols masukkan susu cair dan yogurt dalam kuali. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit kiub pati ayam (ni iols pepandai tambah sendiri sebab iols tak suka guna pak aji..kalau uols guna pak aji dalam masakan, bolehla campak sekali dalam tu).

Kacau helok, masukkan beras yang dah basuh dan tos tadi dalam periuk! kacau sikit lebih kurang gais..jangan banyak sangat kacau nanti beras patah. hilang kecantikan si faeza hahahaha..

kalau uols gunakan pressure cooker, step atas ni semua boleh tumis dengan tekan button "stir fry". Lepas masukkan beras, masukkan air ikut bilangan sukatan beras (contoh: kalau beras 3 pot, air tak termasuk bancuhan susu tadi pun 3 pot juga). terus tekan HP untuk 7 minit. setel!! dah bolehla labuhkan punggung sementar amik napas buat lauknya.

Kalau uols guna periuk nasi biasa, step memasak bahan tadi boleh buat dekat kuali. Tuang semuanya dalam periuk nasi, masukkan beras dan masukkan air mengikut bilangan cawan beras yang dimasak.

Macam senang kan? tapi lenguh jugala kaki ni weiiiii..

Bila nasi dah masak, bolehla lubangkan guna chopstik ke, hujung sudu ke untuk masukkan pewarna. takyahla banyak-banyak, nanti menyala pulak warna nasi tu..sedang-sedang elok 5 lubang ke gitu jadila..masukkan pewarna kuning/oren. step ni jangan gatal-gatal nak kacau nasi ya korang!! Cukup sekadar kais guna garpu..guna apa uols?? guna garpi sahaja..tu pun kais tang atas nasi tu je!sebabnya..kalau korang kacau nasi time dah kering, beras akan patah! tu tips penting makcik kiah nak bagi ni!! Penting ikut step makcik kiah ni line by line eh..sebab kita nak bagi tips yang tak dapat dimana-mana tau! ni semua tips tukang masak kenduri kawin jiran mak kite bagi! kekekeke..

step seterusnya, terus masukkan daun ketumbar, kacang gajus/almond dan kismis. tutup terus periuk nasi! Jangan pandang-pandang dia. biorle dia mesra dalam tu! Ada orang tanya soalan..bila nak kacau nasi tu? haaaa..masa nak cedok nasi untuk makan/serve, barula kacau dari bawah nasi tu supaya wrna nasi pun mesra, kismis bertemu gajus di celah-celah nasi.

Untuk step-step diatas, iols tak sempat nak ambil gambar..almaklumla, first time kite nak share resepi keluarga ni!

Inilah hasil iols masak kelam kabut dengan anak 4 yang terjerit-jerit gaduh dekat luar. dalam gambar tu, iols takde gajus time tu, korek-korek laci jumpa almond..helokla masuk dalam tu. Daun ketumbar pun sikit je dapatnya dekat kedai nyonya depan rumah.



Bahan briyani kambing:

1kg kambing - direbus sampai empuk (kalau guna pressure cooker, turn to HP 40 minit, sednag elokla kambing tu). Tapi air rebusan tu iols tak guna takut hanyir
Rempah briyani faeza - bancuh dengan air dan serbuk cili (kalau nak pedas) dijadikan pes
4 sekawan
1 tin kecik minyak sapi
1 sudu teh biji Ketumbar 
1 sudu teh Jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam - Please avoid guna yang serbuk. Mostly dah dicampur dengan tepung
Daun pandan
Serai - diketuk
Susu cair
Yogurt

Bahan diblender:
bawang merah
bawang putih
halia
Cili hijau
Akar daun ketumbar
daun pudina/daun ketumbar


Bahan hiris:
bawang putih
bawang merah
halia


Bahan akhir:
Cili hijau - belah dua memanjang
2 tangkai cili padi
Tomato - potong dadu

Bahan perasa:
Garam
gula
Gula merah/gula melaka - 1 sudu
kiub daging lembu/ajinomoto
Madu



Cara masak kambing briyani :

first nak habaq sini, sebelum uols rebus kambing tu, tips nak bagitau ni..untuk hilangkan hanyir kambing tu, lumur kambing dengan tepung gandum dalam 15 minit, baru basuh bersih. InshaaAllah daging kambing korang tak berbau.

Then, bila uols rebus daging kambing sampai empuk pulak (tak kisahla pakai pressure cooker ke, pakai dapur gas ke), make sure air rebusan tu dibuang ya! sebabnya..air tu akan menambahkan bau hanyir kambing tu. nanti the whole lauk tu akan berbau. ada orang bagi tips, masukkan air rebusan tu. terpulang uols..kalau nak masukkan juga (sebab orang kata air rebusan tu manis), bolehla diambil barnag sesenduk dua dalam masakan tu nanti.

habis dah bab merebus.

sekarang, panaskan kuali, masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji lada hitam, daun pandan, serai, bahan-bahan blender dan juga bahan-bahan hiris. tumis sampai naik bau dan layu bahan hirisan. Cara sis senang sikit. sis suka campur-campur, campak-campak and tunggu sampai kering. Monitor je dari jauh gitu! sebabnya, sis masak sorang-sorang ni..rakyat jelata dekat luar tu ramai. kerja depa nak gaduh ja. Memang tak menang tangan


Lepas minyak panas, masukkan segala mak nenek rempah dan kayu kayan


 bahan hiris dan bahan blender campak aje


tomato pun sekali harung masuk

helok dah bahan hiris layu, air bawnag pun dah kering, rempah pun dah wangi, bolehla masukkan pes rempah briyani tadi dengan tomato yang dipotong dadu. Macam masak nasi tadi juga, masak rempah tadi sampai kering. Sentiasa kacau eh..nanti hangit pulak! Udah kering, bolehla masukkan susu cair dan yogurt. untuk yogurt, tak payah banyak-banyak, nanti masam! tak kena pulak dengan tekak melayu den. masukkan dalam 1 sudu makan pun dah cukup.

Agak-agak masak, masukkan kambing yang setel direbus tadi. Kalau tak suka kambing, boleh je ganti dengan daging lembu. tapi kena potong kiub besar-besar sikit baru cantik kejadiannya. or, ganti ayam. pun boleh..tapi kne potong besar-besar juga. pastu, perasakan dengan garam, gula, aji/kiub pati lembu, gula merah dan madu. Portion gula merah dan madu pun tak payah banyak-banyak, setiap satu tu letak sesudu makan pun dah cukup. takde gula merah pun okey je..tapi sis penah skip step madu tu..tak jadila briyani johor kalau gitu. Briyani johor ni macma manis-manis sikit. tapi tidakla manis ya amat. secukup rasala nak kata!

Setel semua bahan, biarkan kuah briyani tu mengering sikit. Last sekali, masukkan cili hijau yang dibelah dua dan cili padi yang diketuk. ok uols..kenapa cili padi? tips lagi iols nak bagi. dalam masakan apa pun, kalau nak kurangkan bau hanyir, ketuk cili padi beserta dengan tangkai-tangkai sekali. insyaAllah tak  hanyir masakan uols! kalau masak sup kambing pun sama juga kekdahnya.



kambing yang dah direbus dimasukkan dalam periuk. No air rebusan kambing haaaa



biarkan mengering sebelum masukkan cili dan bahan hiasan yang lain

Ok bila kuah dah kering sikit ...bolehla uols matikan api dan masukkan daun ketumbar yang dihiris kasar. step ni terus tutup periuk untuk mengelakkan bau wangi briyani tu kelaur dari periuk. buka tudung periuk hanya apabila nak menghidang sahaja.

iols masak nasi briyani dengan kambing briyani ni bersekali dengan ayam maska merah (lauk kanak-kanak) dan jelatah timun nenas. lepas tu goreng papadom. pehhh..makan time tengahari sekali hidang dengan air bandung soda!!!

fefeeling balik kampung rasanya ya ampun...pastu letak pulak buah potong oren. potongla sekali lemak yang dah bersarang dekat perut tu kekekekeke..gambar bawah ni iols tapaukan untuk jiran sebelah..udah bagi dia bau takkan nak buat dek je kan..bagila sikit..sebab rasanya sedap, iols confidentla nak bagi jiran merasa hahaha..





Moga bermanfaat kaedah iols masak ni untuk uols! selamat mencuba ya!





























KERANG MASAKAN MAK KITE

KERANG MASAKAN MAK Hari hari masak pun rasa bosan. Kadang tekak ni rasa nak makan makanan yang berbeza setiap hari. Tp soalan yang sama je a...