Tuesday, 23 June 2020

KERANG MASAKAN MAK KITE

KERANG MASAKAN MAK

Hari hari masak pun rasa bosan. Kadang tekak ni rasa nak makan makanan yang berbeza setiap hari. Tp soalan yang sama je ada kepala “masak ap?”

Time nila rasa macam nak balik kampung rasa masakan mak. Walaupun ringkas tapi sedap je telan. Siap tambah berpinggan pinggan. 

Tetiba teringat 1 masakan mak saya yng sangat legend dikalangan kami adik beradik. Macma pelik tapi itulah realitinya. Masak kerang dengan cili bawang and petai! Simple je pun..tapi kat kedai makan jarang jual menu ni. Tk surela memang menu krang Johor ke atau menu mak cipta sendiri ke. Tapi memang sedap ya amat uols! 

Kerang ni memang leceh sikit masakkanya. Sebab bab nak bersihkan cengkerangnya sebelum rebus, setengah orang tk suka sebab renyah proses tu. But trust me..actually its really worth it if u want something different from your repeated menu. 

Bawah ni adalah resepi yang saya kongsikan bersama uols. Moga bermanfaat dan bolehlah dicuba..

KERANG KICAP DENGAN PETAI BERCILI


bahan-bahan:
Kerang- dibersihkan & rebus terlebih dahulu dengan sedikit air dan hirisan bawang, halia dan serai. Tujuan nak bagi hilang bau hanyir
Bahan dihiris:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili padi
Cili merah
Cili hijau
Petai dibersihkan dan basuh
Kicap manis

Cara-cara:
Rebus keras yang dah diebrsihkan cengkerangnya dengan bawang dan halia yg dihiris. Tujuannya nak bagi bau hanyir seafood. Air tak payh letak banyk. Sikit je cukup. Agak2 1/3 kerang. Nanti bila kerang dah masak, dia akan keluarkan air yng manis. Pastikan tutup periuk semasa merebus bagi membolehkan kerang masak sekata. 

Kalau kerang yang fresh, dalam 10-15minit pun dah terbuka semua cengkerangnya. Maknanya kerang dah masak. Tutup api dan birkan sejuk. Once sejuk, bolehlah kopek kerang dan tadah air tebusan dalam mangkuk. Sebab air rebusan tu nanti nak guna untuk proses menumis. 

Selesai bab kerang

Sekarang, masuk bab menumis guys! Part plonv best! Panaskan api, masukkan bahan hirisan dalam kuali tdi dan tumis hingga bawanv layu. Then, masukkan petai yang dah dibersihkan dalam tumisan bawang tadi dan masak for few minutes. Tujuannya, bila petai cukup masak, takdela orang memulas makan petai tu nanti. Dalam 2-3minit, terus masukkan kerang yang dah diberus tadi beserta dengan air rebusan dalam kuali. Kemudian, tambahkan kicap manis dalam 5-6 sudu ikut suka (benchmarknya agak agak hitm hitm si tampuk manggis okla). Tumis sampai agak2 mendidih dan serasi serta mesra kicap kerang petai segalak! Gitu!

Mudah dan ringkas! Hasilnya superb! Rasanya?? Rasa dia macam ala-ala kicap yang peras dan berbau petai n kerang. Macamana nk explain? Macam tula guys  hahahaha

Susah juga nak describe. Tp trust me those who loves kerang u should try this different menu. 

1lagi cara for those yang tak suka kicap, you guys jusy tumis je bawang, hali, petai, cili dengan kerang. Masukkan sikit air dan perasakan garam n gula. Kalau cara masakan yang ni, air rebusan kerang letak sikit je sebab format masakan ni adalah jenis kering kering. Tumis tumisan. Punmabeles! 

Atau..yang tak suka petai, tak payah letak petai. Resepi ni pun kaedah yang sama boleh gugurkan elemen petai atau elemen kerang! Kira menu bajetla. Nant next entry saya akan share resepi menu bujang yang ringkas dan jimat! 

Selamat mencuba dan selamat menjami selera guys!!

Sorry guys..gambar memang tak sempat nak amik sebab, menu ni selalunya menjadi rebutan kami adik beradik..sapa lambat dapat kuah je..kerang and petai gone!! next time saya sharekan picture kejayaan memasak kerang gaya mak-mak k




No comments:

Post a Comment

KERANG MASAKAN MAK KITE

KERANG MASAKAN MAK Hari hari masak pun rasa bosan. Kadang tekak ni rasa nak makan makanan yang berbeza setiap hari. Tp soalan yang sama je a...